nuffnang

mereka yg kuhargai

Monday, 6 September 2010

AWAS:Komplot antara Ahli Nuffnang

Salam semua.Hari ini saya ingin menjadi spy untuk mendedahkan satu komplot diantara ahli Nuffnang.Komplot itu Dipanggil Awak KLIK iklan saya,saya KLIK iklan awak.


Benarkah wujudnya komplot sebegini.Benar,ianya wujud diantara Ahli Nuffnang dan masih diamalkan.Sama seperti Saya Follow awak,Awak Follow Saya.Akan tetapi Saya Follow Awak,Awak Follow Saya tidak bertujuan untuk mendapat keuntungan,sekadar menambah kenalan dan meningkatkan Trafikk bukan?


Berbalik kepada Komplot Saya KLIK iklan Awak,Awak KLIK iklan Saya,ianya bermotifkan keuntungan.Memang tidak salah untuk seseorang Ahli nuffnang untuk mencari cara menambah pendapatannya.Malah hampir 99% Blog meletakkan Iklan,semuanya bertujuan untuk mendapatkan Komisen daripada Pengiklanan bukan?


Apakah Keburukannya?Keburukannya ialah Pendapatannya tidak Halal sebagai Orang Muslim.Ini kerana Nuffnang telah mengariskan garis panduan serta larangan melarang sesuatu Blog itu menyuruh atau mengalakkan orang mengklik Iklan mereka.Bagi Nuggnang pula,Mereka akan kerugian kerana ahlinya main ikut pintu belakang.Ini tentu tidak adil bagi Ahli Nuffnang yang lain bukan?


Berblog sama seperti Berniaga.Ada turun ada naik.Sekiranya kita hendak mencapai keuntungan dengan iklan ,biarlah secara adil.Gunakanlah AKAL fikiran untuk menarik orang ramai ke Blog kita sendiri,Tambah ilmu yang berguna.Rajinkan menjenguk blog orang lain,berikan pendapat serta komen yang bernas.Insyaaalah,Pengiklanan kita akan mencapai keuntungan.Lihatlah Blog-blog yang telah terkenal,mereka mencapai beribu-ribu trafik seminggu,Adakah mereka menyuruh atau mengunakan cara halus untuk memujuk orang Mengklik iklan mereka?Tidak bukan.


Sebagai Contoh,blog Hanis Zalikha,Trafiknya memang amat tinggi,Followernya mencecah Awan.Apakah yang Pembaca Hanis suka serta rela Mengklik IKLANnya?Cara penulisan nya yang bersahaja serta Kelakar.Tidak perlu dipaksa,Hati pasti rela untuk Mengklik iklan itu.


                                      siapa pernah baca blog ini,ramai bukan?setuju
                                      saya cakap sekiranya anda rela klik iklan pada
                                            blog ini dengan RELA HATI?


Tetapi saya yakin Nuffnang pasti tahu sekiranya ada komplot ini bukan?Senang saja caranya.Siapa
ahli Nuffnang yang ingin klik Iklan saya?Aik,tiada sesipa bukan,ini kerana semua ahli tahu,pendapatan iklan berdasar kekerapan Klik bukan.Dengan cara ini,Nuffnang tahu sama ada berlakunya Komplot.Sekiranya cuma satu dua saja seminggu Ahli Nuffnag mengklik sesama sendiri,Tidak mengapa,tetapi kalau beribu Klik seminggu ?


Menulis,biarlah dari Hati.Penulisan yang tulus,pasti akan mengharukan Hati.Insyaalah...


Sunday, 5 September 2010

Raja Ikan Keli Eropah-Alien Catfish

Memperkenalkan Raja Ikan Keli Eropah,Alien Catfish.Baru-baru ini menonton Discovery Channel mengenai Raksasa di Sungai.Terkejut apabila menontonnya.Masih terdapat Raksasa atau Monster yang benar-benar Wujud di Dunia ini.Ini adalah salah satu Monster yang masih Hidup.



Ikan keli ini mampu membesar sehingga 9 kaki dan hidup sehingga 80Tahun lamanya.Ikan ini terdapat satu tabiat buruk iaitu ianya akan memakan apa sahaja yang dijumpainya,daripada ikan kecil,tin,bola,sampah malah ada laporan mayat didalam perutnya.Bayangkan baby ikan ini yang berusia 2 tahun sahaja sudah sepanjang lengan lelaki Dewasa,bagaimana sekiranya hidup sehingga 80 tahun.


                                              ikan ini baru saja berusia 5tahun lebih,
                                      dianggarkan ikan ini mampu hidup selama 80tahun

Ikan ini berasal dari Jerman,sebelum merebak ke Seluruh Eropah.Sejak merebaknya ikan ini,terdapat beratus malah beribu-ribu rekod tangkapan ikan gergasi ini.Paling besar sepanjang 2 meter,tahu berapa panjang itu iaitu 200cm.Setinggi Pemain bola keranjang Amerika tau.Mulutnya saja mampu menelan kepala orang dewasa dengan mudah.



                                           sampai 4 orang untuk mengangkat ikan ini,
                                                      seberat 60kg

 Gambar daripada carian Google


 Video youtube mengenai tangkapan ikan ini












Ahli nuffnang:Innit telah diCEMARI...

Salam semua.Tajuk entri ialah Innit telah dicemari.Dicemari apa?Ya,Innit telah dicemari oleh post-post yang tidak bertanggungjawab,yang sengaja bertujuan untuk menarik trafikk tetapi bila diklik untuk mengetahui,kosong atau terlalu sedikit sangat maklumat.

Perbuatan ini tidak patut diteruskan,Memang Trafikk ialah nyawa blog.tanpa trafikk Blog tidak akan diketahui.Akan tetapi,bila anda meneruskan saja Post-post macam itu,maka orang pasti tidak akan singgah ke blog anda balik.

Ramai yang bertujuan lepak di Innit untuk berkongsi apa yang ditulis,tidak juga menambah kenalan.Walaupun tujuan semua Ahli Nuffnang sama iaitu meraih Trafikk.Namun perbuatan ini patut dicegah.Nuffnang,tiada tindakan ke terhadap pemilik laman blogyang berbuat demikian,yang isinya amat sedikit cuma 2,3 baris ayat tapi tajuk wah sengaja diperbesarkan.


Jom kita Ban mana -mana blog yang berbuat demikian?

Ikan harimau(TigerFish)

Salam semua pembaca.Hari ini kita cakap pasal ikan pula.ikan?Kenapa pula nak cerita pasal ikan?Nak buat lauk ke untuk berbuka atau Sahur?atau Nak Masak Asam Pedas ke,dan Lain-lain....

Semua salah,kita nak cakap tentang salah seekor Ikan yang paling Luarbiasa serta Menakutkan.Namanya Ikan Harimau atau TigerFish.Dengar serta baca namanya pun mengigilkan.Memang,seperti namanya,Ikan ini juga amat ditakuti oleh Penduduk sekitar Congo.Ini kerana ikan ini memiliki saiz yang besar,sehingga 3 kaki,malah pernah mecapai sehingga 5kaki.Tahu x berapa panjang itu?Saya memiliki ketinggian 6kaki iaitu 187 cm,jadi ikan itu sebesar dan sepanjang saya.

Ikan ini ditakuti kerana ianya memilik barisan Gigi yang tajam seakan Harimau.Gigi ini digunakan untuk membaham serta mengoyakkan daging mangsa.Dengan sekali "NGAP" saja,daging masa sudah terburai.Malah,bagi penduduk disana,terdapat cerita ikan ini pernah membaham manusia.


                                          Besarnya Saiz TigerFish ini.Jika ikan ini
                                          hidup di Malaysia,tentu x aman orang kita


Ikan ini berasal dari spesis Piranha,tetapi berbeza dengan sanak saudaranya yang kecil itu,yang memburu secara berkumpulan,ikan ini memburu bersendirian.Iyelah,saiznya dahlah besar,ikan manalah yang mampu bersaing dengannya.

                                              Lihat betapa besarnya gigi yang
                                                             dimilikinya


Jom lihat zideo dari youtube ini yang menunjukkan ikan ini berjaya ditangkap.Video ini adalah benar dan tulen kerana ianya ditangkap dan disiarkan di Discovery Channel.


  River Monster.....TigerFish




Saturday, 4 September 2010

Iklan Aidilfitri TV3 2010 Macam Krismas?.flv




Salam semua,terkejut saya bila melihat iklan raya TV3 di YouTube.Apa yang terjadi ini.Sedih serta Kesal kerana antara banyak-banyak Idea serta Konsep,TV3 memilih konsep Iklan ini.Dah tgk?Dapat kat YouTube.

Awas Blogger Semua-Berhati-hati dengan Artikel anda

Blogger didakwa.Itulah tajuk entri hari ini.Hassan skodeng atau Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menggunakan aplikasi internet bagi menghantar komen palsu pada Mac lalu.

Hassan Skodeng menerusi laman web, didakwa membuat dan memulakan hantaran komen palsu dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Jika didapati bersalah, Irwan berdepan dengan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Irwan yang juga editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu, memuat-naik artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemudian membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

"Tuduhan seperti ini akan memberi impak yang besar terhadap perkembangan sastera dan penulisan di Malaysia,” kata Peguam Irwan atau Hassan Skodeng iaitu Jahaberdeen di luar mahkamah.

SKMM diwakili oleh timbalan pendakwa raya iaitu Badius Zaman Ahmad dan pegawai pendakwanya, Zairul Nahar Zakaria.

Hakim membenarkan Irwan dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Penasihat Kumpulan Red Berry Media, Datuk Ahiruddin Atan yang juga dikenali dengan nama Rocky bertindak sebagai penjaminnya.

Setelah membaca Artikel ini,saya berpendapat Para blogger haruslah berhati-hati didalam Penulisan mereka didalam berblogging.Ini kerana,sekiranya didalam Artikel anda,terdapat nama atau pihak tertentu,anda seharusnya memastikan fakta yang tepat.
Saya dapati,terdapat ramai blogger yang bertindak lewa didalam hal ini,Ada yang tidak segan silu meletakkan gambar tanpa kebenaran pemiliknya.Sekiranya bercadang meletakkan gambar .pastikan ianya freeware,bukan hak cipta terpelihara.

p/s-Sekiranya Hassan Skodeng sekadar bergurau dengan TNB,Mengapakah isu Salleh Gregor Samsa yang menghina umat Islam yang berpuasa secara terang-terangan tidak diambil tindakan.Salleh menerusi Facebook menghina dengan berkata,"Kepada yang berpuasa,Fuck Off".?Mungkin tiada diantara pihak Blogger yang mengambil tindakan untuk membuat aduan di SKKM.

Contoh Gambar ialah Proton Waja Lancer,adakah anda mendapat kebenaran dari Proton untuk menerbitkannya di dalam post anda?

Friday, 3 September 2010

E-kad,kad ucapan,kad raya,selamat hari raya aidilfitri percuma

Salam semua,mencari e-kad raya.Iyelah dizaman yang serba moden dan semuanya nak cepat,E-kad raya atau Kad raya ucapan elektronik menjadi pilihan ramai.Ianya PERCUMA,malah amat pantas cara penghantarannya cuma seminit jer berbanding mengunakan posmen yang mengambil masa 3 hari.

Disini kita cuba menolong pembaca mencari Halaman yang memaparkan E-kad.kad raya tau kad ucapan  raya secara percuma.Iyerlah,dari berlambak-lambak laman,tak tahu maner yang dipilih,so saya rimgkaskanlah.Maaflah kerana tiada gambar atau grafik,kerana bimbang didakwa kerana plagiat heheh.Kepada laman yang saya rekomen,xder duit raya ker untuk saya hehehe...

Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri Kita Dato Seri Najib Razak serta Rakyat Malaysia.Salam AIDILFITRI 1 Malaysia



Thursday, 2 September 2010

Amaran:Line internet anda akan semakin lembab akhir tahun ini

Amaran kepada semua pengguna internet.Line internet anda akan semakin lembap menjelang hujung tahun ini.Rancangan kerajaan untuk menembusi jalur lebar di kawasan pendalaman serta meningkatkan mereka yang celik IT dengan Pemberian Netbook 1Malaysia beserta Line akan menyebabkan Laluan trafik semakin sesak.

Ini kerana Syarikat Penyedia Jalur Lebar terlalu sibuk untuk menambah pelanggan mereka sambil terlupa untuk menaik taraf perkhidmatan mereka,Alasan yang selalu diberikan ialah pengguna ramai,jadi trafikk pun jam.Pernahkah anda melayari Internet dimasa tidak sesak,tetapi masih hampa dengan perkhidmatan atau kepantasan Internet anda?Nah dimana rasionalnya alasan ini untuk diterima akal?

Sebagai pengguna,yang mana tidak dapat dipisahkan dengan Internet,apa yang harus kita lakukan.Tiada kuasakah kita untuk memboikot atau menegur taraf perkhidmatan Syarikat ini.Sedarkah anda yang sejak kebelakangan ini,line internet semakin lembap......

Kepentingan Keyword

Apa itu Keyword?Keyword bermaksud Kata Kunci bagi setiap patah perkataan yang berada di blog anda,kemudiannya dipadankan dengan Enjin Carian seperti Google,Yahoo dan Lain-lain.

Pemilihan kata kunci yang bagus akan meningkatkan dan Membantu anda dalam SEARCH ENGINE OPTIMIZATION(SEO).Dengan pemilihan Kata Kunci yang Tepat,anda mampu berada di tangga 50 keatas,seterusnya menjana Traffik yang berterusan ke Blog anda.

Sebagai Contoh,Google.Google mempunyai tool yang mampu membenarkan anda menguji serta memeriksa kepopularan Kata kunci yang ingin anda cari.Kata Kunci yang popular,akan membenarkan anda mengalih perhatian pengunjung ke blog anda.sila ke www.adwords.google.com untuk memeriksa kata kunci anda.

Sebagai contoh,perkataan Melayu.Google akan memaparkan sehingga 7,010,000 carian.Ini bermakna kata kunci anda terpaksa bersaing dengan 7.010,000 laman yang lain atau kata kunci Melayu.Sebab ada banyak Blog atau laman web MENGULANG perkataan Melayu,jadi kadar itu akan dikira.       

Dibawah,ada 10 sumber idea untuk mendapatkan kata kunci yang lain dimana akan dapat mengenali bagaimana untuk memeriksa serta memastikan kata kunci anda akan mampu bersaing serta berada di top 50.
  1. http://www.freekeywords.com
  2. http://www.goodkeywords.com
  3. http://www.keywordspy.com
  4. http://wwwtinykeywordtracker.com
  5. http://wwwkeywordcountry.com
  6. http://wwwkeyworddensity.com
  7. http://tools.seobook.com
  8. http://www.keyword-tools.com
  9. http://keyword-seobook.com
  10. http://www.keywordselite.com
Sumber rujukan didalam buku Bagaimanakah generasi Muda menjana pendapatan Melalui Blog,Komited sepenuhnya dengan tugasan semasa tanpa menganggu kerjaya Mereka oleh Blogging by million .

post menarik dari saya

Related Posts with Thumbnails